Soalan Lazim

Soalan Lazim

1.
Apa itu pengarkiban laman web?
Pengarkiban laman web merupakan suatu proses dimana laman web tertentu akan diakses (crawl) dan disalin (harvest) secara dalam talian dengan mengambil keseluruhan struktur serta keseluruhan maklumat yang terdapat didalamnya dan disimpan didalam sistem MyGWA mengikut format tertentu. Laman sesawang ini kemudian boleh diakses dan dinavigasi menggunakan aplikasi MyGWA.
 
2.
Apakah kepentingan pengarkiban laman web?
Laman web merupakan maklumat yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa dengan menggunakan platform teknologi terkini. Jika laman web ini tidak disimpan dan dipelihara, maklumat yang bernilai ini tidak dapat dipelihara dan dirujuk oleh generasi pada akan datang.
 
3.
Apakah MyGWA?
MyGWA adalah koleksi laman web kerajaan dan laman web yang tertentu seperti Sukan Sea 2017, TN50 dan lain – lain yang diambil daripada agensi kerajaan.
 
4.
Bagaimanakah saya tahu apa yang terdapat dalam MyGWA?
Pengguna boleh membuat carian melalui portal MyGWA dengan menggunakan fungsi Carian dan Carian Terperinci untuk melihat koleksi laman web yang telah diarkibkan.
 
5.
Bagaimana sistem MyGWA mengakses laman web sesuatu agensi kerajaan?
Pengguna boleh membuat carian melalui portal MyGWA dengan menggunakan fungsi Carian dan Carian Terperinci untuk melihat koleksi laman web yang telah diarkibkan.
 
6.
Adakah laman web yang telah diarkibkan pada sistem MyGWA berfungsi seperti laman web asal?
Ya, laman web yang telah diarkibkan boleh dipaparkan dan dinavigasi seperti laman web asal. Walaubagiamanapun, terdapat kekangan – kekangan teknikal tertentu yang akan menyebabkan sesuatu kandungan tidak dapat disimpan.
 
7.
Bagaimana untuk memasukkan laman web bagi agensi saya yang tiada dalam senarai laman web yang telah diarkibkan?
Bagi laman web agensi yang tiada di dalam senarai sistem MyGWA, tuan/puan boleh menghubungi kami dengan menghantar emel kepada pentadbir portal di mygwa@arkib.gov.my untuk pertanyaan lanjut.
 
8.
Adakah saya boleh menggunakan laman web yang terdapat pada MyGWA sebagai backup kepada laman web asal?
Tidak, sistem MyGWA tidak menyimpan database dan CMS sesuatu laman web agensi. Laman web yang diarkibkan merupakan snapshot kepada laman web asal.
 
9.
Adakah boleh saya menggunakan dan muat turun kandungan yang terdapat pada laman web pada sistem MyGWA untuk kegunaan sendiri?
Ya. Pengguna boleh mengakses, melayari dan menggunakan semua kandungan laman web yang terdapat di dalam sistem MyGWA kerana maklumat pada laman web berkenaan adalah terbuka dan tertakluk kepada hakcipta agensi berkenaan.
 
10.
Adakah sistem MyGWA boleh diakses menerusi telefon pintar, ipad dan sebagainya?
Ya. Sistem MyGWA boleh diakses menerusi telefon pintar, ipad dan sebagainya.
 
11.
Apakah pelayar web yang boleh digunakan untuk melayari sistem MyGWA?
Pengguna sistem MyGWA boleh menggunakan pelayar web seperti Chrome, IE, Safari, Opera dan sebagainya.
 
12.
Bagaimana untuk mendapatkan hakcipta jika hendak menggunakan maklumat atau kandungan daripada laman web yang diarkibkan pada portal MyGWA?
Pengguna sistem MyGWA yang hendak menggunakan maklumat atau kandungan daripada sesuatu laman web yang telah diarkibkan hendaklah meminta kebenaran bertulis daripada agensi laman web berkenaan. Arkib Negara Malaysia tidak bertanggungjawab keatas kesahihan maklumat yang terdapat di dalam laman web agensi yang telah diarkibkan.

SIGN IN YOUR ACCOUNT TO HAVE ACCESS TO DIFFERENT FEATURES

CREATE ACCOUNT

FORGOT YOUR DETAILS?

TOP